ABOUT FIT KOBAIN2

My photo
johor bahru, JOHOR, Malaysia

BE MY FOLLOWERS

Sunday, January 23, 2011

pilihan terbaru internet dan apa itu unifi

Pernah dengar bukan?

High speed broadband. Menggunakan kabel fiber optik. Lebih pantas dan tuntas berbanding Streamyx yang menggunakan kabel copper. Pekej UniFi ini merangkumi Internet, video (IPTV) dan telefon pada kelajuan 5Mbps, 10Mbps serta 20Mbps. Dan ia terbahagi kepada dua kategori, VIP dan Business.

 jadi mungkin anda mahukan kelajuan luar biasa untuk Internet anda. Tetapi. Jika anda adalah pengguna biasa Internet (bukan hardcore), mungkin ini bukan keperluan anda. Mungkin sekadar kehendak sahaja. 


Ada VIP5 (kelajuan 5Mbps), VIP10 (kelajuan 10Mbps) dan VIP20 (kelajuan 20Mbps) untuk pekej kegunaan rumah.  jika anda mahu mengetahui perbezaan di antara pekej-pekej tersebut, semak di laman UniFi ya.


VIP5
- kelajuan 5Mbps
- RM149 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 60GB sebulan

VIP10
- kelajuan 10Mbps
- RM199 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 90GB sebulan

VIP20
- kelajuan 20Mbps
- RM249 sebulan
- Muat turun terhad sebanyak 120GB sebulan



Semuanya akan dimasukkan ke dalam bil. Jika anda mengambil pekej VIP5, kira-kira untuk bil pertama adalah seperti di bawah.

Bil pertama= RM149 + RM149 + RM40
Bil kedua = RM149 + RM40
Bil ketiga = RM149 + RM40
Bil keempat = RM149 + RM40
Bil kelima = RM149 + RM40
Bil keenam = RM149

Bayaran RM40 selama lima bulan adalah untuk pemasangan. Ingat RM200 yang aku kata tadi? Ya. Itulah dia. Baiklah. Perhatikan. Pada bil pertama ada terlebih RM149 bukan? Menurut kata mereka, itu adalah seperti er... duit muka mungkin. Akan diperoleh semula duit itu apabila tamat kontrak UniFi jika anda mahu menamatkan kontrak... agaknya. 



Jika kontrak dua tahun sudah tamat, tiada masalah. Tetapi. Jika mahu tamatkan sebelum kontrak, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM500. Ya. Denda. 


Anda akan diberi pilihan samada untuk menerima bil setiap bulan dalam bentuk pos ke rumah atau dalam bentuk email. Caj akan dikenakan sebanyak RM8 jika dihantar dalam bentuk pos. Harga kertas sudah naik barangkali. Manakala tiada caj akan dikenakan jika bil dihantar melalui email. Makanya. Buatlah pilihan yang bijak 

No comments:

Post a Comment